Thursday, 13 July 2017

Mek Zumbie's July PREOWNED Giveaway!

2 Comments so far
Click banner ni untuk tahu info lanjut :)

Tadi scroll reading list dan terjumpa post pasal giveaway ni so, apa salahnya kan cuba nasib sebab lama sangat dah tak join GA.

Syarat giveaway dah pon dipenuhi. Follower ke 638 dan done follow insta @nfaezah97
Kalau boleh I nak menang semua hadiah kecuali kasut tu sebab saiz tak sama. sobs sobs
Tapi kalau boleh pilih dua je I nak (6) headphone atau (8) beg.

Sebab saya nak headphone tu adalah sebab headphone mahal tak mampu nak beli. hahah. Design headphone tu pon lawa. Warna pink pon nice sebab girly. Earphone saya pon dah dekat 3 tahun guna tak tukar-tukar dan baru-baru ni dia rosak T.T dan masih belum beli yg baru. Kalau bagi headphone ni kat I inn syaa Allah I gunakan dan jaga sebaiknya contohnya untuk pura-pura dengar lagu bila tak mahu ditegur atau untuk tengok movie time roommate study supaya tak menganggu dia.

Second, I nak beg tu sebab I suka design dan warna dia. Hitam tak senang kotor. Material dia macam best sebab kalis air gitew. I takde beg material kulit, beg yg I ada serious cepat kotor dan serap air sebab material tak bagus.

Btw, tali pinggang tu nice jugak kalau dapat. hihi ^^,
Thanks kepada penganjur sebab sudi sedekahkan mana barang yg tak dipakai. Say no to pembaziran. Thumbs up !

Tuesday, 11 July 2017

Bila baran menguasai diri.

4 Comments so far



Bila baran menguasai diri,
Semua benda serba tak kena,
Semua kesalahan bukan salah dirinya,
Bukan mahu menjernihkan keadaan,
Jari dituding ke insan lain,
Walaupun diri sendiri membuat kesilapan,
Masalah kecil dibesarkan,
Kemudian, berang bila orang menegur kesalahan,
Tak sedar diri itu merupakan pendosa dan tak sempurna.

Bila baran menguasai diri,
cepat sentap cepat melatah,
Katanya hanya dirinya dipersalah,
Tidak mahu mengaku kalah.

Sikap panas baran.


Orang yang panas baran sangat mudah marah dan sentiasa naik angin sekiranya tidak berpuas hati. Walaupun perasaan marah adalah emosi normal dan perlu ada dalam diri setiap orang namun, sekiranya terlalu kerap marah, hati dan perasaan kita akan terganggu, jiwa pun tak tenang. Kemarahan yang tidak dikawal akan membawa kesan negatif kepada perhubungan dan kesihatan kita. Katanya, perasaan marah tu sekejap sahaja. Selebihnya ego.

Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang yang tidak berasa gembira dengan dirinya sendiri. Orang yang tidak gembira dengan dirinya sendiri, tidak dapat menggembirakan orang lain. Sikap panas baran mestilah kita jauhi bagi memastikan setiap masalah yang kita hadapi dapat ditangani secara rasional dan membolehkan kita hidup dalam keadaan yang tenang.

Dalam kehidupan seharian kita, pasti kita akan terjumpa orang-orang yang bersikap panas baran malah mungkin kita tak sedar bahawa diri kita sendiri mempunyai masalah panas baran. Oleh itu kita perlu sabar dan tenang bila berhadapan dengan orang yang bersikap panas baran. Makin kita melawan makinlah dia melenting. Ibarat kita mencurah minyak tanah ke dalam api.

Sejujurnya, saya merupakan seorang yang agak panas baran. Cepat marah dan egoistik. Post ini bukan bertujuan untuk mengaibkan diri sendiri. Artikel ni ditaip bagi mengingatkan diri sendiri dan anda semua agar dapat mengambil serius isu ini dan berusaha berubah ke arah yang lebih baik.

Ada banyak jenis manusia, ada yang jenis memendam bila tak puas hati dengan kita, ada yang suka mengumpat kat belakang dan bercerita pasal kita bila mereka tak puas hati kepada orang lain, dan ada yang jenis cakap terus kepada kita bila ada tak puas hati.

Jenis yang memendam dan cepat melupakan perasaan sakit hati ni bagus. Tapi ada yang jenis memendam dan simpan dalam hati sampai masa tahap kesabaran mereka diuji, habis segala permasalahan diluahkan. Boleh mencetuskan pergaduhan yang besar. Kalau tak puas hati memang elok kita luahkan. Kalau jenis yang sabar mungkin lebih memilih untuk memendam.
Tapi, kadang mungkin orang tak sedar apa yang dia buat tu salah, sebabtu kena ditegur. Teguran pun kena berhemah. Lagi-lagi bila nak menegur orang yang bersikap panas baran ni. Memang kena banyak bertoleransi dan tolak ansur.

Menghadapi orang yang panas baran.


Apabila kita berhadapan dengan seseorang yang panas baran, jangan cepat berasa marah. Tetapi kita menganggap dia sedang sakit dan kita sebagai doktor kepadanya. Kata pepatah, "Orang yang baik menjadi guru kepada orang yang jahat dan orang yang jahat menjadi 'kertas kerja' untuk orang yang baik' Jadi, jika orang disekeliling kita adalah seorang yang panas baran, anggaplah dia sebagai seorang pesakit yang perlu dirawat. Bagi merawatnya kita perlu tahu diagnosisnya. Bagi mengetahui diagnosis pula, kita perlu tahu penyebabnya. Mohonlah bantuan dari Allah s.w.t bagi menyelesaikan masalah, sekaligus memberikan ketenangan yang menguatkan mental. Jika kita suka apa yang berlaku di dunia luaran, maka kita perlu mencermin dunia dalaman kita iaitu:

1. Perbetulkan diri sendiri dahulu
2. Berasa belas kasihan kepada orang lain
3. Cuba berkomunikasi dengan baik

Sebelum menegur orang yang panas baran, menangilah kepercayaannya kepada anda dahulu kemudian tegurlah secara bijaksana. - Prof Dr. Muhaya, Bahagia & Membahagiakan keluaran As Sohwah Publication.(Sumber)


Maafkan diri ini andai cepat goyah bila digoncang. Sungguh diri ini tak sempurna. Masih terkial-kial untuk berubah. Tegurlah diriku secara terus jika aku silap. Jangan jaja keburukanku.

Biasanya bila kita gagal mengawal emosi. Kita akan rasa menyesal dengan tindakan yang kita lakukan sewaktu emosi tak terkawal. Sebaliknya, bila kita berjaya mengawal emosi marah, kita akan cepat melupakan masalah dan akan cepat tenang.

Oleh itu, jom sama-sama perbaiki diri dan buang sikap panas baran. Kita cool je bila berhadapan dengan pelbagai ragam manusia okeh. ;-)